FAQ

Soalan Lazim Untuk Prabayar Altel

  1. Apakah Prabayar Altel?
    Altel adalah perkhidmatan terbaru prabayar mudah alih yang membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar pesanan mesej melalui SMS atau servis data.
  2. Apakah perkhidmatan yang disediakan?
    Altel menawarkan perkhidmatan telefon prabayar seperti panggilan suara dan SMS, data mudah alih dan panggilan IDD.
  3. Dimanakah pek SIM Altel boleh dibeli?
    Pembelian pek SIM Altel boleh dibuat di semua kedai yang memaparkan logo Altel di seluruh negara.
  4. Berapakah harga pek SIM Altel?
    Pek SIM Altel dijual pada harga runcit RM7 setiap satu dan disertakan kredit bernilai RM5.
  5. Berapakah tempoh sah pek SIM Altel?
    Semua pek SIM Altel diberikan 30 hari tempoh sah selepas pendaftaran berjaya. Tambah nilai perlu dibuat sebelum hari yang ke-30 bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  6. Dimanakah tambah nilai boleh dibuat?
    Tambah nilai boleh dibuat di semua kedai yang memaparkan logo Altel di seluruh negara.
  7. Apakah denominasi dan tempoh sah yang disediakan bagi tambah nilai Altel?
    Denominasi tambah nilai Altel bernilai RM5, RM10, RM30 and RM50. Tempoh sah bagi tambah nilai adalah seperti berikut:

    Tempoh Sah
    RM5 – 5 hari
    RM10 – 20 hari
    RM30 – 60 hari
    RM50 – 90 hari

Soalan Lazim Untuk Promosi Pelan Tempoh Sah Lanjutan

  1. Apakah Tempoh Sah Lanjutan untuk pelan Jalur Lebar Mudah Alih Altel?
    Ia adalah pakej promosi yang melanjutkan tempoh sah pelan 500MB, 1GB atau 2GB Jalur Lebar Mudah Alih Altel anda. Tempoh sah bagi pelan semasa dan lanjutan dibandingkan seperti dalam rajah berikut:

    PAKEJ
    Pelan Jalur Lebar Mudah Alih500MB1GB2GB
    Tempoh Sah Semasa7 hari30 hari30 hari
    Tempoh Sah Lanjutan30 hari90 hari90 hari

    Promosi ini sah dari 18 Julai hingga 31 Disember 2014.
  2. Siapakah yang layak untuk menikmati pakej promosi ini?
    • Pakej promosi ini layak untuk dinikmati oleh semua pelanggan baru dan sedia ada sekiranya mereka melanggan salah satu daripada pelan Jalur Lebar Mudah Alih Altel.
    • Pelanggan baru yang mendaftar dan mengaktifkan perkhidmatan Altel mereka dari 18 Julai hingga 31 Disember 2014.
  3. Adakah pelanggan akan dikenakan kos tambahan untuk melanggani pakej promosi ini?
    Pelanggan tidak akan dikenakan sebarang kos tambahan untuk melanggani pakej promosi ini. Nikmati tempoh sah yang lebih lama, untuk kos yang sama.

    Pelan Jalur Lebar Mudah Alih
    500 MB
    1GB
    2GB
    Caj
    RM15
    RM28
    RM48
  4. Bagaimanakah saya boleh melanggani pakej promosi ini?
    Anda boleh melanggan mana-mana pelan Jalur Lebar Mudah Alih dengan menghantarkan SMS kod pengaktifan mengikut pakej yang dipilih ke 25835.

    Pakej
    500 MB
    1GB
    2GB
    Kod Pengaktifan
    MB 500MB
    MB 1GB
    MB 2GB


    Sebaik sahaja pengaktifan berjaya, anda akan menerima makluman melalui SMS seperti berikut:
    “Thank you for subscribing to 1GB plan. Validity until DD/MM/YY (after 90 days date).
    Send MB BAL to 25835 to check your quota balance and validity.”
  5. Apakah yang akan berlaku sekiranya terdapat kesalahan pada kod pengaktifan pelan Jalur Lebar Mudah Alih yang telah digunakan?
    Anda akan menerima makluman seperti berikut:
    “Invalid command. Please try again. Send MB HELP to 25835 for more information”
    Kemudian, anda perlu menghantar kod kunci yang betul untuk melanggan.
  6. Apakah yang akan berlaku sekiranya tempoh sah kredit saya telah tamat, tetapi pelan data masih sah?
    Sekiranya tempoh sah kredit anda telah tamat, sebarang perkhidmatan keluar merangkumi panggilan suara, SMS, MMS dan data akan disekat.
  7. Bagaimana pula dengan tempoh sah akaun saya yang terbaru sebaik sahaja tambah nilai dibuat?
    Tempoh sah akaun anda akan diperbaharui bergantung pada jumlah tambah nilai. Sila rujuk www.altel.my untuk maklumat lanjut.
  8. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya telah mencapai had kuota yang diberikan?
    Selepas mencapai had kuota pelan data yang diberikan, setiap penggunaan data yang seterusnya akan dikenakan caj sebanyak 5 sen bagi setiap MB.
  9. Sekiranya penggunaan pelan Jalur Lebar Mudah Alih yang dilanggan telah mencapai had kuota yang diberikan, bagaimana untuk saya melanggani pelan yang baru?
    Untuk melanggani pelan yang baru, sila SMS kod pengaktifan pelan yang dipilih ke 25835.

    Pakej
    500 MB
    1GB
    2GB
    Kod Pengaktifan
    MB 500MB
    MB 1GB
    MB 2GB
  10. Apakah yang akan berlaku sekiranya Tempoh Sah SIM (Tempoh Sah Akaun) saya telah tamat tetapi tempoh pelan data masih sah? 
    Sekiranya Tempoh Sah SIM (Tempoh Sah Akaun) anda telah tamat dan tempoh pelan data anda sebaliknya, tempoh sah SIM anda akan dilanjutkan bagi menyamai tempoh sah pelan data itu. Sila rujuk gambar rajah seperti dibawah.
    SIM Validity

Soalan Lazim Untuk ALTEL 4G LTE

  1. Apakah Altel 4G LTE?
    Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution) atau LTE adalah teknologi tanpa wayar yang membolehkan pengguna menikmati data jalur lebar berkelajuan tinggi. 4G adalah komunikasi berpiawai dalam Teknologi Rangkaian Mudah Alih dan merupakan “Generasi keempat” – yang terbaru selepas 2G dan 3G. Dengan kelajuan 4G LTE, pengguna dapat merasai perbezaan yang ketara semasa memuat turun fail, membuat panggilan video, bermain permainan secara berkumpulan atau semasa menonton video HD dalam talian.
  2. Apakah perbezaan diantara GPRS, EDGE, 3G dan 4G?
    • GPRS: Merujuk kepada perkhidmatan rangkaian 2G yang menyediakan data asas sehingga 56 kbps (menyamai kelajuan “dial-up”)
    • EDGE: Merupakan teknologi 2.5G, suatu penambahbaikan daripada teknologi 2G serta menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi berbanding GPRS. Kelajuan EDGE boleh mencapai sehingga 144 Kbps.
    • 3G: Teknologi 3G menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi dan lebih laju berbanding rangkaian 2G (EDGE & GPRS). Teknologi ini secara teorinya mampu mencapai kelajuan sehingga 10 Mbps.
    • 4G: Teknologi ini berpandukan pada platform LTE dan merupakan teknologi terbaru dalam dunia pemindahan data mudah alih. 4G merupakan generasi seterusnya dalam komunikasi mudah alih dan merupakan teknologi paling maju pada masa kini. Secara teorinya, kelajuan pautan muat turun data melalui 4G adalah antara 10 sehingga 50 Mbps.
  3. Apakah kelajuan biasa LTE?
    Secara teorinya, kelajuan 4G LTE adalah 10 kali lebih pantas daripada 3G. Muat turun data dalam persekitaran biasa boleh mencapai antara 10 Mbps sehingga 20 Mbps dan boleh mencapai 5 Mbps sehingga 10 Mbps untuk memuat naik data. Tahap kelajuan data mungkin berbeza-beza mengikut pengguna serta bergantung kepada peranti yang digunakan, batasan perkakasan dan perisian, lokasi, trafik, sumber laman web atau kandungan-kandungan lain.
  4. Dimanakah saya boleh menikmati perkhidmatan Altel 4G LTE?
    Perkhidmatan Altel 4G LTE kini boleh dinikmati di semua kawasan utama di seluruh negara. Segala maklumat lanjut berkaitan dengan Altel 4G LTE boleh didapati di laman web Altel.
  5. Bagaimanakah untuk saya melanggani Altel 4G LTE dan apa yang diperlukan untuk menikmati perkhidmatan LTE?
    Anda memerlukan peranti mudah alih yang menyokong perkhidmatan LTE dan kad USIM 64k.
    Kad USIM (Modul Pengenalan Pelanggan Universal)
     juga merupakan satu kad SIM yang digunakan untuk perkhidmatan 3G dan 4G. USIM menyediakan ciri-ciri yang telah dipertingkatkan berbanding SIM seperti ciri keselamatan yang lebih baik, penambahan memori dan sebagainya.
  6. Saya menggunakan kad SIM 32k. Adakah saya masih boleh menikmati perkhidmatan LTE?
    Anda perlu menukarkan kad SIM anda kepada kad USIM 64k terlebih dahulu untuk menikmati perkhidmatan LTE. Penukaran kad SIM ini adalah percuma.
  7. Bagaimanakah saya boleh mengetahui peranti saya telah disambungkan kepada perkhidmatan Altel 4G LTE?
    Anda akan mengetahuinya apabila isyarat 4G atau LTE terpapar pada skrin peranti anda.
  8. Bagaimana mana pula sekiranya saya tidak boleh menggunakan Altel 4G LTE dan tiada isyarat 4G dipaparkan?
    Pastikan anda menyemak perkara-perkara berikut terlebih dahulu:
    • Anda berada di kawasan liputan LTE Altel.
    • Anda menggunakan kad USIM Altel 64k yang berdaftar.
    • Anda telah melanggani pelan Jalur Lebar Mudah Alih Altel.
    • Telefon/peranti mudah alih anda menyokong perkhidmatan LTE.
  9. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya memasuki kawasan yang tidak mempunyai liputan 4G LTE?
    Sekiranya anda berada di mana-mana kawasan yang tidak mempunyai liputan Altel 4G LTE, anda akan disambungkan kepada perkhidmatan 3G secara automatik.
  10. Apakah pelan Jalur Lebar Mudah Alih atau kadar pelan yang tersedia bagi Altel 4G LTE?
    Buat masa ini, pelan yang tersedia adalah:
    • 1 GB pada RM28
    • 2 GB pada RM48
    • Pembayaran-Mengikut-Penggunaan pada 5sen/MB
  11. Secara umumnya, aplikasi apa yang boleh saya gunakan dengan data sebanyak 1GB apabila saya melanggani Altel 4G LTE ini?
    Secara umumnya, penggunaan data sebanyak 1GB adalah bersamaan dengan menerima 20,000 e-mel atau melayari 3,000 laman web atau memuat turun 500 lagu atau strim 100 video.
    Ini berdasarkan kepada andaian mengikut penggunaan purata industri seperti berikut:
    Satu e-mel pada 0.05MB
    Satu laman web pada 0.3MB
    Satu lagu pada 2MB
    Satu video pendek pada 10MB

1 comment:

TENTANG ALTEL


Ianya Tentang Perkhidmatan



Perkhidmatan yang hebat sejak dari mula lagi!



Disamping menyediakan kemudahan telekomunikasi yang menyeluruh daripada pakej panggilan suara kepada servis data LTE yang maju, kami janjikan kepada anda – perkhidmatan yang hebat sepanjang masa!

Kami akan memberikan layanan pelanggan dan servis selepas jualan yang hebat, dan segalanya termasuklah servis inovasi terbaru, struktur harga dan pengubahsuian produk sehingga penyelesaian isu atau masalah.

Tanpa mengambil kira isu harga dan kualiti servis, kami percaya bahawa jalan yang terbaik untuk memberi kesan perubahan kepada semua, adalah dengan melibatkan semua orang. Pentingkan setiap individu dan tidak meninggalkan sesiapa pun. Sebagai pembekal khidmat telekomunikasi, kami berupaya menyediakan satu platform untuk semua rakyat Malaysia berhubung dan melakukan perubahan yang akan mempengaruhi seluruh masyarakat – walau apapun perubahan itu. Kami menggelarkannya, MENYATUKAN KOMUNITI.

Mengapa? Kerana apa yang bermakna bagi anda, juga bermakna bagi kami!




Pengenalan



Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) mula beroperasi pada Julai 2012 dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary.


Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih. Kami ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju, selaras dengan nilai-nilai dan visi syarikat.




Perkongsian Perniagaan Altel



Program

Kami menjual semua produk pengguna melalui Progam Saluran Jualan Pengguna. Kami mempunyai tiga (3) program perkongsian perniagaan seperti berikut:

  • Pengedar Berdaftar Altel. Mereka memiliki Perjanjian Pengedaran dengan kami dan mereka bertanggungjawab untuk mengedar semua produk pengguna Altel kepada Peniaga Berdaftar Altel dan Rakan Kongsi Eksklusif Altel dalam wilayah yang tertentu. Mereka juga mengedar produk kepada pengendali mudah alih yang lain
  • Peniaga Berdaftar Altel adalah pemilik perniagaan yang memiliki Perjanjian Peniaga Berdaftar Tidak Eksklusif bersama kami dan tanggungjawab mereka adalah untuk menjual Produk Pengguna Altel dalam kawasan yang tertentu. Mereka juga mengedar produk daripada pembekal yang lain. Semua Wakil Penjual Berdaftar Altel haruslah disyorkan oleh Pengedar Berdaftar Altel.

  • Rakan Kongsi Eksklusif Altel adalah pemilik perniagaan yang memiliki Perjanjian Perkongsian Perniagaan Eksklusif dengan kami. Mereka menjual produk pengguna Altel secara eksklusif di tempat tertentu, dan menikmati sebarang skim penajaan dan juga sokongan untuk kempen dan promosi dari kami. Mereka juga akan diberi kebenaran untuk menganjurkan sebarang operasi luar bagi layanan khidmat pelanggan Altel; dengan syarat tema seluruh premis perniagaan dihiaskan untuk menyerupai kedai rangkaian milik Altel. Semua Rakan Kongsi Perniagaan Eksklusif Altel juga haruslah disyorkan oleh Pengedar Berdaftar Altel.