Wednesday, August 6, 2014

PLAN PERNIAGAAN ALTEL

Perkongsian Perniagaan Altel

Program

Kami menjual semua produk pengguna melalui Progam Saluran Jualan Pengguna. Kami mempunyai tiga (3) program perkongsian perniagaan seperti berikut:
  • Pengedar Berdaftar Altel. Mereka memiliki Perjanjian Pengedaran dengan kami dan mereka bertanggungjawab untuk mengedar semua produk pengguna Altel kepada Peniaga Berdaftar Altel dan Rakan Kongsi Eksklusif Altel dalam wilayah yang tertentu. Mereka juga mengedar produk kepada pengendali mudah alih yang lain
  • Peniaga Berdaftar Altel adalah pemilik perniagaan yang memiliki Perjanjian Peniaga Berdaftar Tidak Eksklusif bersama kami dan tanggungjawab mereka adalah untuk menjual Produk Pengguna Altel dalam kawasan yang tertentu. Mereka juga mengedar produk daripada pembekal yang lain. Semua Wakil Penjual Berdaftar Altel haruslah disyorkan oleh Pengedar Berdaftar Altel.
  • Rakan Kongsi Eksklusif Altel adalah pemilik perniagaan yang memiliki Perjanjian Perkongsian Perniagaan Eksklusif dengan kami. Mereka menjual produk pengguna Altel secara eksklusif di tempat tertentu, dan menikmati sebarang skim penajaan dan juga sokongan untuk kempen dan promosi dari kami. Mereka juga akan diberi kebenaran untuk menganjurkan sebarang operasi luar bagi layanan khidmat pelanggan Altel; dengan syarat tema seluruh premis perniagaan dihiaskan untuk menyerupai kedai rangkaian milik Altel. Semua Rakan Kongsi Perniagaan Eksklusif Altel juga haruslah disyorkan oleh Pengedar Berdaftar Altel.

Korporat Altel

Program Rakan Kongsi Perniagaan

Kami bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan B2B kami melalui salah satu daripada Program Rakan Kongsi Perniagaan Korporat yang disenaraikan.
  • Rakan Kongsi Go-To-Market (GTM) Altel. Usaha kami dalam pemasaran strategik telah membolehkan kami bekerja dengan rakan kongsi perniagaan yang khusus untuk menembusi pasaran dan segmen tertentu, serta sebarang perniagaan yang mempunyai pasaran atau rangkaian yang khusus.
  • Rakan Kongsi Sekutu Altel adalah rakan kongsi perniagaan yang melabur bersama-sama Altel untuk menyediakan perkhidmatan dan/atau penyelesaian yang dijana oleh rangkaian Altel sebagai contoh; Pemaju Hartanah, Pengurus Kemudahan, Kampus WiFi/LTE dan sebagainya.
  • Rakan Kongsi Teknologi Altel adalah rakan kongsi perniagaan yang memiliki rangkaian penyelidikan teknologi mereka sendiri. Mereka bekerja bersama-sama kami untuk membangunkan produk dan aplikasi, dan/atau untuk perkongsian pengetahuan khusus dalam industri telekomunikasi. Contohnya, para Pengeluar Perkakasan Asal, Penyatu Sistem, Pembekal Khidmat Rangkaian Mudah Alih Maya, Fakulti Akademik dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

TENTANG ALTEL

Ianya Tentang Perkhidmatan

Perkhidmatan yang hebat sejak dari mula lagi!

Disamping menyediakan kemudahan telekomunikasi yang menyeluruh daripada pakej panggilan suara kepada servis data LTE yang maju, kami janjikan kepada anda – perkhidmatan yang hebat sepanjang masa!

Kami akan memberikan layanan pelanggan dan servis selepas jualan yang hebat, dan segalanya termasuklah servis inovasi terbaru, struktur harga dan pengubahsuian produk sehingga penyelesaian isu atau masalah.

Tanpa mengambil kira isu harga dan kualiti servis, kami percaya bahawa jalan yang terbaik untuk memberi kesan perubahan kepada semua, adalah dengan melibatkan semua orang. Pentingkan setiap individu dan tidak meninggalkan sesiapa pun. Sebagai pembekal khidmat telekomunikasi, kami berupaya menyediakan satu platform untuk semua rakyat Malaysia berhubung dan melakukan perubahan yang akan mempengaruhi seluruh masyarakat – walau apapun perubahan itu. Kami menggelarkannya, MENYATUKAN KOMUNITI.

Mengapa? Kerana apa yang bermakna bagi anda, juga bermakna bagi kami!

Pengenalan

Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) mula beroperasi pada Julai 2012 dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary.

Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih. Kami ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju, selaras dengan nilai-nilai dan visi syarikat.