Tuesday, August 5, 2014

PRODUK ALTEL

Lebih banyak sebab untuk mendapatkan SIM Prabayar Altel

Pek Permulaan Altel

Mula pada hanya RM7.
Didatangkan bersama tambah nilai kredit bernilai RM5 dan sah untuk 30 hari.

Tambah Nilai

Tambah nilai fleksibel
RM10 | 30 | 50 | 100

Bonus Hebat

Hadiah Saguhati & Bonus Percuma. Berhubung dengan Altel dan terima ganjaran!

Internet di mana saja!

Layari Internet tidak kira dimana anda berada!

Aktifkan SIM anda

Sebaik sahaja Altel SIM berada di dalam telefon anda, hanya buat panggilan ke mana-mana nombor atau hubungi Khidmat Pelanggan kami di +603-2613 3888. Anda akan disambungkan ke IVR untuk memilih bahasa pilihan dan tetapan lain. Itu saja! Sekarang SIM anda telah diaktifkan.

Kadar Berpatutan untuk Semua!

Berbual dan hantar mesej tanpa mengosongkan poket anda.

16 sen
per minit*
5 sen
per SMS
25 sen
per MMS
5 sen
per MB**
* 60-saat caj blok
** atau per sesi

Pelan Jalur Lebar Mudah Alih

Untuk melanggan, hanya pastikan anda mempunyai baki kredit yang mencukupi di dalam akaun anda untuk pelan pilihan anda diaktifkan.
MINGGUANBULANAN
Kuota500MB1GB2GB
Tempoh7 hari30 hari30 hari
Harga (RM)152848
LanggananTaip MB WEEK dan hantar ke 25835Taip MB 1GB dan hantar ke 25835Taip MB MONTH dan hantar ke 25835

Periksa tempoh/kuota
Hantar MB BAL ke 25835

Menu Tambahan
Hantar MB HELP ke 25835

No comments:

Post a Comment

TENTANG ALTEL


Ianya Tentang Perkhidmatan



Perkhidmatan yang hebat sejak dari mula lagi!



Disamping menyediakan kemudahan telekomunikasi yang menyeluruh daripada pakej panggilan suara kepada servis data LTE yang maju, kami janjikan kepada anda – perkhidmatan yang hebat sepanjang masa!

Kami akan memberikan layanan pelanggan dan servis selepas jualan yang hebat, dan segalanya termasuklah servis inovasi terbaru, struktur harga dan pengubahsuian produk sehingga penyelesaian isu atau masalah.

Tanpa mengambil kira isu harga dan kualiti servis, kami percaya bahawa jalan yang terbaik untuk memberi kesan perubahan kepada semua, adalah dengan melibatkan semua orang. Pentingkan setiap individu dan tidak meninggalkan sesiapa pun. Sebagai pembekal khidmat telekomunikasi, kami berupaya menyediakan satu platform untuk semua rakyat Malaysia berhubung dan melakukan perubahan yang akan mempengaruhi seluruh masyarakat – walau apapun perubahan itu. Kami menggelarkannya, MENYATUKAN KOMUNITI.

Mengapa? Kerana apa yang bermakna bagi anda, juga bermakna bagi kami!




Pengenalan



Altel Communications Sdn Bhd (ALTEL) mula beroperasi pada Julai 2012 dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Al-Bukhary.


Di bawah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel telah berkecimpung di dalam industri telekomunikasi dan diperuntukkan spektrum untuk membina sebuah rangkaian mudah alih. Kami ingin menjadi pembekal khidmat telekomunikasi utama yang menyediakan Long Term Evolution (LTE) (4G), bagi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan servis telekomunikasi, penyampaian strategik, teknologi telefon bimbit dengan kepantasan yang laju, selaras dengan nilai-nilai dan visi syarikat.




Perkongsian Perniagaan Altel



Program

Kami menjual semua produk pengguna melalui Progam Saluran Jualan Pengguna. Kami mempunyai tiga (3) program perkongsian perniagaan seperti berikut:

  • Pengedar Berdaftar Altel. Mereka memiliki Perjanjian Pengedaran dengan kami dan mereka bertanggungjawab untuk mengedar semua produk pengguna Altel kepada Peniaga Berdaftar Altel dan Rakan Kongsi Eksklusif Altel dalam wilayah yang tertentu. Mereka juga mengedar produk kepada pengendali mudah alih yang lain
  • Peniaga Berdaftar Altel adalah pemilik perniagaan yang memiliki Perjanjian Peniaga Berdaftar Tidak Eksklusif bersama kami dan tanggungjawab mereka adalah untuk menjual Produk Pengguna Altel dalam kawasan yang tertentu. Mereka juga mengedar produk daripada pembekal yang lain. Semua Wakil Penjual Berdaftar Altel haruslah disyorkan oleh Pengedar Berdaftar Altel.

  • Rakan Kongsi Eksklusif Altel adalah pemilik perniagaan yang memiliki Perjanjian Perkongsian Perniagaan Eksklusif dengan kami. Mereka menjual produk pengguna Altel secara eksklusif di tempat tertentu, dan menikmati sebarang skim penajaan dan juga sokongan untuk kempen dan promosi dari kami. Mereka juga akan diberi kebenaran untuk menganjurkan sebarang operasi luar bagi layanan khidmat pelanggan Altel; dengan syarat tema seluruh premis perniagaan dihiaskan untuk menyerupai kedai rangkaian milik Altel. Semua Rakan Kongsi Perniagaan Eksklusif Altel juga haruslah disyorkan oleh Pengedar Berdaftar Altel.